Durian serendah RM0.66 semasa 6.6 Super Sale hanya di Shopee

Kuala Lumpur – Berikutan pandemik Covid-19, musim durian kini tidak lagi boleh dinikmati seperti sebelum ini.

Tiada lagi gerai tepi jalan yang boleh dikunjungi namun, ia tidak mematahkan semangat usahawan durian kerana mereka kini mula beralih ke jualan atas talian.

Shopee mendapati kata kunci durian menjadi trend di platform berkenaan dan ia secara organik berjaya menarik pengusaha durian dari seluruh negara untuk menawarkan durian secara e-dagang.

Malah, ada yang menjalankan kempen Duduk Rumah, Makan Durian untuk kekal relevan.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, memandangkan kata kunci durian menjadi trend di platformnya, Shopee menampilkan 500 penjual durian dan buah-buahan lain dalam 6.6 Super Sale yang berlangsung dari sekarang hingga 6 Jun 2020 dengan tawaran istimewa serendah 66 sen bagi raja buah berkenaan.

“Penjual tempatan perlukan sokongan berterusan demi ekonomi negara. Itu sebabnya selain menampilkannya dalam kempen kami seperti 6.6 Super Sale, Shopee komited untuk memastikan platform kami adalah kos efektif.

“Kami juga menasihatkan penjual supaya memastikan mereka dapat memenuhi pesanan bekalan, pembungkusan dan logistik sebelum menjual.

“Kami memahami ini mungkin agak sukar bagi penjual yang pertama kali menjual secara atas talian dan disebabkan itu, kami menugaskan pasukan khusus untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, durian juga akan dijual dalam Jualan Kilat pada harga hanya 66 sen dengan diskaun tambahan 10 peratus di kedai penjual terpilih sepanjang kempen.

Selain itu, untuk penjimatan bagi pelbagai produk, Shopee turut membuat penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 serta tawaran baucar RM6 setiap hari pada 6.6 Super Sale.

6.6 Shopee Live Festival juga akan diadakan yang menampilkan bintang pop Taiwan Alien Huang, Emma Wu, Tiffany Hsu, Sam Tseng dan Blaire Chang serta bintang tempatan Nabila Razali, Pongpong, Shalma Eliana dan Yonnyboii. Kemuncak sesi ini akan dibintangi ratu pop Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 6 Jun. Pengguna juga boleh bermain Shopee Poly, Shopee Treasure Box, Shopee Catch, Flip & Match dan banyak lagi untuk terus berhibur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s