Anak pengasas DNARS didakwa ugut bapa tiri

KUALA LUMPUR – Anak lelaki pengasas kosmetik DNARS didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menghantar ugutan hendak menyebabkan kematian terhadap bapa tirinya melalui aplikasi WhatsApp, Jun lalu.

Mohd Aqbar Hakim Jasman, 20, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S Mageswary.

Berdasarkan kertas tuduhan, Mohd Aqbar yang juga anak sulung kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban, didakwa menakutkan Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian melalui pesanan ringkas aplikasi Whatsapp.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pusat beli belah Pavilion, Jalan Bukit Bintang, di sini, jam 8.45 malam pada 15 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Izzat Nordin, memohon dibenarkan jaminan antara RM2,500 dan RM3,000 dengan alasan tiada risiko melarikan diri.

“Pengadu dalam kes ini adalah bapa tiri tertuduh dan hubungan mereka menjadi renggang selepas beliau berkahwin lain.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan dilarang menganggu mangsa sehingga kes selesai serta menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s