Sekolah dibuka mulai 15 Julai

KUALA LUMPUR: Operasi sekolah menengah bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan, serta sekolah rendah membabitkan murid Tahun 5 dan 6, akan bermula 15 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Empat pula ialah pada 22 Julai ini.

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s