COVID-19: Jangkitan sifar tempatan kali kedua di Malaysia

KUALA LUMPUR – Gambar sebiji telur dimuat naik Kementerian Kesihatan (KKM) di Facebook dan Twitter mereka bagi menyatakan jangkitan tempatan sifar COVID-19 dicatatkan di Malaysia semalam, mencetuskan satu ‘tarikan’ dalam media sosial.

Ramai yang menyatakan rasa syukur mereka dengan berita itu, disamping memberikan penghargaan kepada petugas barisan hadapan di atas usaha berterusan mereka tanpa mengenal penat lelah, dalam memerangi pandemik COVID-19.

Pengguna Twitter @bblogasm memberikan komen “I just know yall (you all) had this in the drafts”, manakala @hadi_nor menyatakan “Eggcelent!”.

Semalam Malaysia sekali lagi mencatatkan jangkitan tempatan sifar COVID-19 dengan hanya tiga kes baru dilaporkan.

Kesemuanya kes import membabitkan rakyat Malaysia yang dijangkiti ketika berada di luar negara.

Pada 1 Julai lalu, Malaysia mencatatkan rekod dengan satu kes baharu dan jangkitan tempatan sifar, iaitu jumlah kes jangkitan baharu terendah sejak 18 Mac lalu.

Bagaimanapun, sehingga vaksin untuk virus itu ditemui, adalah penting bagi rakyat Malaysia terus berhati-hati dan mengambil tindakan pencegahan dalam membebaskan negara daripada penyakit berbahaya ini.

Seperti yang pernah dikatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia memerlukan 28 hari jangkitan sifar, sebelum boleh diisytiharkan bebas daripada pandemik itu.

Sementara itu, dengan situasi semasa COVID-19, kerajaan membenarkan empat lagi kategori pelajar pusat pengajian tinggi untuk pulang ke kampus secara berperingkat bermula bulan ini dan pengambilan penuh pelajar pada Oktober depan.

Bagaimanapun, pelajar diminta untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri di kampus. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s