Gabungan Wawasan Generasi FELDA bawa aspirasi baharu

Shah Alam – Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) adalah satu entiti badan bukan kerajaan (NGO) yang menggabungkan seluruh generasi FELDA untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi, sosial dan pendidikan Generasi Baru FELDA khususnya dan membantu dalam pembangunan FELDA secara amnya. GWGF adalah gabungan 14 persatuan-persatuan NGO yang bergabung dan bernaung di bawah GWGF dan mewakili ahli-ahli GWGF yang terdiri daripada Generasi Baru FELDA dan juga dianggotai oleh sebahagian daripada Peneroka FELDA berjumlah hampir 200,000 orang.

GWGF amat menyokong penuh dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Kebangsaan yang diadakan di MRSM FELDA, Trolak Perak pada 7hb Julai 2020 yang lalu. Impian dan harapan YAB Perdana Menteri di rasai oleh segenap lapisan masyarakat FELDA yang mengimpikan sebuah kemajuan dan pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar terutamanya masyarakat FELDA.

Dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri tersebut, sedikit sebanyak melegakan masyarakat FELDA yang mengharapkan keadaan ekonomi pulih selepas pergolakan politik negara yang secara langsung mengancam sosio-ekonomi masyarakat FELDA.

Kini masyarakat FELDA boleh menarik nafas lega dengan pengumuman tersebut yang melibatkan peruntukan bagi kebajikan pendidikan anak-anak FELDA, naiktaraf dan selenggara jalan pertanian yang dapat membantu meningkatkan hasil Peneroka, serta menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji kaedah terbaik untuk membangunkan semula FELDA sebagai sebuah institusi unggul negara serta pengeluar utama minyak sawit dunia.

Walaubagaimanapun, GWGF ingin memohon jasa baik dan pertimbangan YAB Perdana Menteri untuk pihak FELDA melihat masalah yang paling kritikal di rancangan-rancangan tanah FELDA iaitu masalah yang melibatkan tanam semula dibanyak rancangan-rancangan tanah FELDA seluruh negara. Tanam semula ini jugalah yang menentukan produktiviti atau hasil buah yang dikeluarkan yang menjana pendapatan Peneroka dan negara.

Disamping itu juga, masalah isu penyata hutang tahunan/bulanan, masalah sosial dan bekalan air di rancangan-rancangan tanah FELDA. Seperti dimasa-masa yang lalu, golongan professional anak-anak Peneroka GWGF bersedia berganding bahu bersama dengan YAB Perdana Menteri dan FELDA sekiranya diperlukan untuk sama-sama
membantu dalam usaha murni YAB Perdana Menteri seperti yang disebut dalam ucapan YAB Perdana Menteri di Hari Peneroka FELDA 2020.

Keprihatinan dan komitmen YAB Perdana Menteri untuk melihat FELDA bangkit semula dan cemerlang disambut baik oleh seluruh warga Peneroka dan saya menyeru seluruh warga Peneroka dimana sahaja mereka berada
agar bekerja keras dan membantu usaha murni kerajaan dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan merealisasikan hasrat beliau itu.

Antara 14 persatuan gabungan GWGF adalah seperti berikut:-

i. Persatuan Peneroka FELDA Malaysia
ii. Persatuan Penerokawati FELDA Malaysia
iii. Kelab Golf Generasi FELDA
iv. Kelab Storm Rider GWGF
v. Pertubuhan Imam Muda FELDA Malaysia
vi. Persatuan Sukan Bermotor GWGF Malaysia
vii. Pertubuhan Generasi FELDA Universiti Malaysia
viii. Pertubuhan Silat Generasi FELDA Malaysia
ix. Persatuan Pengamal Undang-Undang Generasi FELDA
Malaysia
x. Pertubuhan Kontraktor Generasi FELDA Malaysia
xi. Dewan Perniagaan Generasi Baru FELDA Malaysia
xii. Pertubuhan Kebudayaan & Kesenian Generasi FELDA Malaysia
xiii. Kelab Wartawan Anak-Anak FELDA Malaysia
xiv. Pertubuhan Anak-Anak Peneroka FELDA Luar Negara Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s