Kali pertama penstriman langsung majlis angkat sumpah jawatan hakim

PUTRAJAYA – Buat kali pertama dalam sejarah, Badan Kehakiman akan mengadakan penstriman langsung majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), dalam satu kenyataan menyatakan, majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan itu akan diadakan di dewan persidangan Istana Kehakiman Putrajaya, jam 3 petang, esok.

Kenyataan itu menyebut pada majlis sama akan diadakan majlis penyampaian surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia pesuruhjaya kehakiman.

“Tiga hakim Mahkamah Rayuan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan lapan hakim Mahkamah Tinggi, akan mengangkat sumpah jawatan sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

“Manakala 11 orang akan menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Pesuruhjaya Kehakiman,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, inisiatif penstriman langsung majlis itu bertujuan agar orang awam dapat melihat sendiri istiadat pelantikan seseorang hakim serta memberi pendedahan mengenai institusi Badan Kehakiman.

Orang ramai boleh menyaksikan penstriman langsung tersebut melalui Portal Rasmi Badan Kehakiman Malaysia di pautan www.kehakiman.gov.my dan media sosial rasmi Badan Kehakiman Malaysia iaitu YouTube dan Facebook: The Malaysian Judiciary. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s