Kazakhstan pastikan kawalan tegas terhadap penyebaran Covid-19

 

Walaupun terdapat laporan berita yang mendakwa bahawa Kazakhstan termasuk dalam senarai negara dengan penyebaran terpantas Covid-19, pihak kerajaan Kazakhstan hari ini mengatakan bahawa keadaan di negara ini semakin terkawal dan telah kehadapan mengamalkan langkah-langkah yang diperlukan untuk memerangi wabak tersebut.

Dalam siaran akhbar, Kazakhstan menolak laporan oleh media asing seperti The New York Times dan The Telegraph bahawa mereka adalah antara negeri dengan penyebaran virus terpantas.

“Laporan seperti itu menyebabkan kesalahpahaman berkenaan situasi di Kazakhstan, dan ia memberi impak negatif kepada republik Kazakshtan di media ”, kata siaran itu.

Kerajaan mengatakan bahawa sejak awal bulan Julai, pandemik covid-19 mencapai satu angka jumlah yang bergerak kearah penurunan positif namun masih dalam fasa pemulihan di seluruh dunia.

“Sudah diketahui bahawa pandemik ini menimbulkan potensi bahaya kepada masyarakat dunia”.

“Jelas bahawa perubahan rekod metodologi naik turun jumlah kes pandemik ini sebelum ini tidak diambilkira dan terkini ianya baru dimasukkan kedalam statistik kebangsaan”. 

Akibatnya, ini menyebabkan salah tafsiran angka”, tambahnya.

Menurut kerajaan, terdapat 48,847 kes Covid-19 kes di negara itu pada 7 Julai 2020. Dengan 25,021 kes simptomatik dan 23,553 kes asimtomatik dan 1403 kes sehari. Peningkatannya adalah sekitar 3.0%.

Kes yang pulih di Kazakhstan mencapai 24,990 kes dengan pemulihan 51.1%, dengan 24,990 pesakit yang masih menerima rawatan dan catatan 260 kes kematian.

Sehingga bulan Jun, kadar jangkitan virus di Kazakhstan adalah 1.3, tetapi sudah berakhir beberapa minggu terakhir dan menurun kepada 1.05. Angka kematian di negara itu adalah 0.5% dengan kedudukan Kazakhstan di tempat ke-35 di peringkat global.

Kazakhstan mengumumkan bahawa secara konsisten melakukan ujian swab bagi mengenalpasti jumlah jangkitan.

Secara keseluruhan 1,631,817 ujian makmal Covid-10 dilakukan dengan kadar daripada 8,746 setiap 100 ribu orang. 48,847 diuji positif, sementara 1,582,943 diuji negatif.

Menurut worldometers.info, Kazakhstan berada di kedudukan ke-19 di dunia dari segi ujian populasi, di tempat ke-54 dari segi kes yang disahkan setiap 1 juta orang, dan di tempat ke-113 dalam kadar kematian.

Kerajaan mengatakan bahawa berdasarkan keadaan semasa dan jumlah jangkitan, kuarantin di Kazakhstan akan berlangsung antara 5 – 19 Julai.

“Sekatan itu termasuk larangan mengadakan perjumpaan besar-besaran, keluarga dan sebarang acara.

“Salun kecantikan dan pendandanan rambut, gimnasium, pusat kecergasan, kolam renang, pasar, pantai, taman tema air, pusat hiburan, pawagam, tadika dan institusi lain juga diarahkan menghentikan kegiatan mereka sepanjang arahan kuarantin, ”katanya.

80% pekerja di institusi awam, syarikat nasional dan lain-lain organisasi akan terus berfungsi secara terkawal.

Dalam pada itu, pergerakan berkumpulan adalah tidak dibenarkan melebihi 3 orang, sementara perkhidmatan penting akan terus beroperasi dalam tempoh ini.

Manakala, restoran terbuka, kilang pembinaan dan perindustrian dan pengeluaran, kerja pertanian dan pembinaan akan berterusan
untuk beroperasi di bawah langkah kebersihan dan pembasmian kuman.

Untuk lalu lintas udara antarabangsa akan diteruskan dengan pengawasan lebih efisen.

Pada masa yang sama, penerbangan dan kereta api domestik akan terhad.

Perkhidmatan bas antara bandar dan bas bandar ditangguhkan untuk tempoh
kuarantin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s