PROTON perkenal Saga Edisi Khas

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd (PROTON) melancarkan model Proton Saga Edisi Khas sempena 35 tahun pengeluarannya di Malaysia.

Terhad kepada 1,100 unit, Proton Saga edisi istimewa itu ditawarkan pada harga bermula RM39,300 sama seperti Saga Premium AT sedia ada selepas ditolak rebat cukai jualan.

Model ikonik rakyat Malaysia itu ditawarkan dengan warna hitam dan kuning eksklusif pada luaran dan dalaman.

Hadir sama dengan model edisi ulang tahun itu adalah pakej aksesori termasuk Front Skirting, Side Skirtings, Door Visors, Hood Insulator, Trunk Lid Cover dan Boot Tray yang berharga pada RM2,035.

Bagi pemilik model Saga 2019, mereka turut boleh membeli aksesori berkenaan secara berasingan berharga RM315, penjimatan kos hebat berbanding jika dibeli berasingan yang berjumlah RM2,350.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata Saga Edisi Ulang Tahun adalah hadiah istimewa pada hari yang istimewa untuk rakyat Malaysia.

“Ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda kepada Saga sejak 35 tahun yang lalu. Anda boleh membuat tempahan pada hari ini dengan mengunjungi pusat jualan kami atau melakukannya secara dalam talian,” katanya pada sesi pelancaran Proton Saga Edisi Ulang Tahun secara maya menerusi laman Facebook rasmi PROTON, hari ini.

Sejak diperkenalkan 35 tahun lalu, Proton Saga sudah dijual sebanyak 4,150,035 unit.

Lebih menarik, PROTON juga menjadi pemangkin perindustrian kepada ekonomi negara, memacu perkembangan keseluruhan ekosistem pembuatan automotif di Malaysia dan menjadi salah satu negara di dalam dunia yang mengeluarkan kereta sendiri.

Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam ucapan aluannya, berkata Proton Saga adalah kereta yang menaikkan nama Malaysia dan mengembangkan ekonomi negara sehingga kini.

Proton Saga Edisi Khas yang dihasilkan PROTON turut didatangkan dengan tambahan hadiah iaitu penapis Kabin N95 PROTON, di mana sebelum ini hanya terdapat pada Proton X70, selain bakal diketengahkan pada model Saga, Persona, Iriz dan Exora bermula hari ini.

Pemilik sedia ada mempunyai pilihan untuk membeli Penapis Kabin N95 pada harga RM59, tidak termasuk caj pekerja. Untuk masa yang terhad sehingga 9 Oktober 2020, terdapat 15 peratus diskaun bagi harga penapis N95 berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s