Kenyataan China tentang jangkitan pneumonia di Kazakhstan tidak benar

Kuala Lumpur – Baru- baru ini tular apabila Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19. Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.

Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.

Namun, maklumat mengenai radang paru-paru yang tidak diketahui di Kazakhstan ini adalah bersifat tidak konsisten dengan fakta. Kementerian Kesihatan Republik Kazakhstan secara rasmi menyatakan bahawa maklumat ini tidak benar.

Organisasi Kesihatan Sedunia telah memperkenalkan kod untuk radang paru-paru ke dalam Klasifikasi Penyakit Antarabangsa – ICD 10, ketika Covid-19 didiagnosis secara klinikal atau epidemiologi, misalnya, simptom ‘frosted glass’ pada paru-paru yang terjejas, tetapi ini tidak disahkan oleh makmal.

Dalam hal ini, Kazakhstan seperti negara-negara lain juga menyimpan catatan dan pemantauan pneumonia  yang memungkinkan keputusan pengurusan tepat pada masanya bertujuan untuk menstabilkan kes jangkitan koronavirus.

Alexey Tsoy, Menteri Kesihatan Kazakhstan, melaporkan pada taklimat mengenai jumlah pneumonia di negara itu secara keseluruhan termasuk virus radang paru-paru, etiologi yang tidak ditentukan serta bakteria dan kulat mengikut klasifikasi ICD -10.

Kementerian Kesihatan Republik Kazakhstan menekankan bahawa laporan media China adalah tidak benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s